Monday, November 15, 2010

Banjir: Tidak Tenggelam (Not Affected By The Floods)

Banjir Tidak Masuk Ke Dalam Rumah

Baru-baru ini banjir telah melanda beberapa negeri di Malaysia, 2-9 November 2010, termasuklah Kedah dan Perlis. Kawasan rumah ini pun dilanda banjir tetapi tidak ada air yang masuk ke dalam rumah.  Begitu juga apabila banjir melanda Perlis pada tahun 2005 air tidak memasuki rumah ini.

Di dalam banjir besar baru-baru ini air sudah menenggelami dua anak tangga hadapan rumah ini tetapi tidaklah sampai ia masuk ke dalam.  Maka, barang-barang di dalam rumah ini tidaklah terkena banjir.  Boleh dikatakan lantai rumah ini berada dalam keadaan yang tinggi juga.  Dengan tiadanya air yang masuk ke dalam rumah ini, tidaklah berlaku kerosakan barang-barang di dalam nya.

Boleh dikatakan, rumah ini tidak akan ditenggelami air kecuali banjir itu betul-betul tinggi.  Untuk itu kami bersyukur kepada Allaah kerana telah memelihara rumah ini dan juga rumah-rumah lain di persekitaran taman ini daripada di landa banjir.  Alhamdulillaah.

Not Inundated By Flood Waters

In the recent floods (2-9 November 2010) that had been ravaging the northern states of Kedah and Perlis the house was not affected, in the sense that the flood water did not enter the house.  So was it not affected by the big floods of 2005.  At that time the floods did not even encroach upon the access road.

In the recent major floods, the water level reached only up the second step.  It would have entered the house should the water level have risen a few more inches higher.   So, the things in the house were not affected.  They were on high grounds and needed not be salvaged.  

It is safe to say that this house would not be affected by the floods unless the flood levels is really high.  We thank Allaah for keeping the house and the other houses in this housing estate from being inundated by flood waters.  Alhamdulillaah - All Prasises be to Allah.

No comments:

Post a Comment