Pages

Monday, September 12, 2011

Awas Penipuan! (Beware of Conmen!)



Tiada Agen/Wakil Untuk Kami
 Kami tidak pernah melantik sesiapa pun sebagai agen kami untuk mengutip wang atau untuk mencari pelanggan kami.  Sebenarnya tidak ada orang yang bekerja untuk kami sama ada untuk mencari pelanggan atau sebagainya.  Tiada saudara mara kami yang menjadi agen kami.

Semalam, 12/09/2011 (Isnin) dua orang pencari rumah sewa sudah di tipu oleh seseorang yang mengaku kononnya bekerja untuk kami dan juga mengaku dia adalah seorang "adik-beradik" kami.  Dia telah pun mengambil wang sebanyak RM450.00 dari mereka sebagai "pendahuluan".  Kedua mereka telah membayarnya kerana terdesak untuk mencari rumah sewa yang lebih berpatutan dari segi bayaran.  Si penipu itu telah mendakwa bahawa kami menyewakan rumah kami itu untuk RM250.00 sahaja sebulan.  Sungguh tidak masuk akal!  Rumah jenis ini yang kosong pun sewanya adalah sekurang-kurangnya RM350.00 sebulan.  Awas terhadap sipenipu yang licik!

Awas, Jangan Tertipu!
Awas, jangan tertipu!  Apa-apa bayaran adalah perlu diserahkan ke tangan kami secara langsung tanpa melalui orang tengah.  Kalau ada orang yang mendakwa sebagai wakil kami maka itu adalah pendustaan semata-mata!

Beware!  There Are Con-People Around! 
We would like to make it very clear here that we have never appointed any agent/agents to look for tenants on our behalf.  Nobody is working for us whether they be relatives or non relatives.

Yesterday, 12/09/2011 (Monday) two prospective tenants were conned into parting with their money to somebody who claimed to be our relative and working on our behalf as an agent to look for tenants!  We were notified by a person who was helping the two women to look for a house to rent.  This person was approached by this con-man and was told about the availability of our house for rental.  They had paid RM450.00 to this man as an advance payment.  He alleged that we would be renting the whole house for RM250.00.  That was absurd!  That kind of rate is not current any more. 

1 comment:

  1. Congratulations! This is the best thing, Thank you so much for taking the time to share such a nice information.
    Furnished Apartments Houston

    ReplyDelete